Wednesday 6 June 2012

huJan Band



Hujan ialah nama yang dipilih oleh sebuah kumpulan indie ditubuhkan pada awal 2006 dan bertapak di Malaysia. Kumpulan muzik ini lebih suka melabelkan genre yang mereka bawakan sebagai rock alternatif dan lebih cenderung mendendangkan lagu di dalam bahasa Malaysia. Lagu yang boleh dikatakan telah menaikkan nama mereka adalah lagu "Pagi Yang Gelap". Populariti kumpulan ini semakin meningkat setelah single kedua, "Bila Aku Sudah Tiada" mula dimainkan di stesen-stesen radio tempatan, dan mengulangi kejayaan single pertama mereka. Antara artis-artis yang dinyatakan sebagai pengaruh dan ilham kepada mereka ialah The Strokes dan Butterfingers.
Mereka pernah membuat persembahan di United Kingdom melalui Jelajah Hujan ke UK yang bukan sahaja untuk mempromosikan dua buah EP Hujan yang sudah diterbitkan iaitu "1,2,3, Go!" dan "Check Check Rock Rock" malah mereka turut menjual baju T dan lencana istimewa Hujan. Di sana mereka membuat persembahan di Oxford Bar (Manchester), Zanzibar (Liverpool), Sheffield dan Cardiff.
Pada 2009, mereka melancarkan konset jelajah Malaysia yang dinamakan "Mencari Konklusi Tour" yang telah di adakan di seluruh negara. Jelajah itu di akhiri dengan konsert finale di Kuala Lumpur yang mendapat sambutan hangat. Dan mereka juga sekali lagi menjelajah ke eropah setelah di undang bagi bersama kumpulan rock lagenda Malaysia, Search mengadakan konsert di Dublin dan London.
Terkini Hujan telah mengeluarkan album ke-3 mereka 'Lonely Soldier Boy' yang dilancarkan pada 25 November 2010. Album ini mendapat sambutan hangat di kalangan peminat muzik tempatan terutamanya peminat tegar mereka sendiri yang digelar RAINGERS.

No comments:

Post a Comment